Tambah Navigasi dalam app anda
Satu pautan membuka laluan terus ke destinasi, untuk butang "Arah" atau senarai "Buka dengan".
Navigasi ialah peta dan panduan jalan percuma untuk Malaysia, dengan arahan suara Bahasa Melayu dan Android Auto. Jika app anda ada butang Arah atau senarai Buka dengan (Google Maps, Waze, Apple Maps), anda boleh menambah Navigasi dengan satu pautan HTTPS biasa. Tiada SDK, kunci API atau pendaftaran.
Format pautan
https://navigasi.techsamana.my/ke?ll=LAT,LON&n=NAMA| Parameter | Keterangan |
|---|---|
ll | Wajib. Latitud, longitud destinasi dalam darjah perpuluhan (WGS84), dipisahkan koma. Contoh: 2.9264,101.6964 |
n | Pilihan. Nama destinasi yang dipaparkan kepada pemandu (dikodkan URL, maksimum 80 aksara). Contoh: Zenith%20Hotel%20Putrajaya |
q | Pilihan, sebagai ganti ll: teks carian jika koordinat tidak diketahui. Contoh: /ke?q=Masjid%20Putra |
Gunakan koordinat pintu masuk atau tempat letak kereta jika ada. Itulah titik yang dituju kereta.
Cuba: laluan ke Masjid PutraApa yang berlaku bila pautan dibuka
- Android dengan app Navigasi: app dibuka terus dengan laluan ke destinasi.
- iPhone, Android tanpa app, komputer: Navigasi dibuka dalam pelayar. Tiada pemasangan atau akaun diperlukan.
- Laluan dikira dari kedudukan GPS pemandu, termasuk anggaran tol dan masa tiba. Pemandu menekan Mula untuk memandu. Jika telefon disambung ke Android Auto atau CarPlay, panduan diteruskan di skrin kereta.
Pautan ini sentiasa berfungsi, jadi anda tidak perlu menyemak sama ada Navigasi dipasang. Paparkan Navigasi dalam senarai sentiasa.
Contoh kod
HTML
<a href="https://navigasi.techsamana.my/ke?ll=2.93608,101.68868&n=Masjid%20Putra">Navigasi</a>
Swift (iOS)
var c = URLComponents(string: "https://navigasi.techsamana.my/ke")!
c.queryItems = [URLQueryItem(name: "ll", value: "\(lat),\(lon)"),
URLQueryItem(name: "n", value: nama)]
UIApplication.shared.open(c.url!)
Kotlin (Android)
val uri = Uri.parse("https://navigasi.techsamana.my/ke").buildUpon()
.appendQueryParameter("ll", "$lat,$lon")
.appendQueryParameter("n", nama)
.build()
startActivity(Intent(Intent.ACTION_VIEW, uri))
Flutter
final uri = Uri.https('navigasi.techsamana.my', '/ke', {'ll': '$lat,$lon', 'n': nama});
await launchUrl(uri, mode: LaunchMode.externalApplication); // pakej url_launcher
React Native
const url = `https://navigasi.techsamana.my/ke?ll=${lat},${lon}&n=${encodeURIComponent(nama)}`;
Linking.openURL(url);
Ikon & nama
Gunakan nama Navigasi dan ikon di bawah dalam senarai anda. Jangan ubah warna atau bentuk ikon.
Sesuai untuk saiz 36–64 pt.
Akan datang
- Skema
navigasi://untuk iOS dan Android, supaya app anda boleh menyemak sama ada Navigasi dipasang. - Sokongan
geo:di Android, supaya Navigasi muncul dalam pemilih "Buka dengan" sistem tanpa perubahan kod.
Pautan /ke di atas akan terus disokong selepas itu.
Hubungi kami
Sudah menambah Navigasi, atau perlukan bantuan? E-mel [email protected].
For developers (English)
To add Navigasi to your app's "Directions" button or "Open with" list, open this HTTPS link. No SDK or API key is needed:
https://navigasi.techsamana.my/ke?ll=LAT,LON&n=NAME
ll(required): destination latitude,longitude in decimal degrees (WGS84).n(optional): destination name shown to the driver, URL-encoded, up to 80 characters.q(optional, instead ofll): search text.
On Android with Navigasi installed, the app opens directly. Elsewhere (iPhone, desktop), Navigasi opens in the browser with no install needed. The route starts from the driver's GPS position. The link always works, so you can show Navigasi without checking whether it is installed.