NavigasiBuka app

Peta kita, di tanah kita sendiri.

Navigasi dibina oleh anak Malaysia dan berjalan di pelayan dalam Malaysia. Carian dan laluan anda tidak dihantar kepada Google atau Waze. Sumbangan kecil membantu kami bayar pelayan itu, supaya app ini kekal percuma untuk semua.

  • Pertubuhan bukan untung
  • Percuma selamanya
  • Tiada iklan
  • Tidak jual data anda
Belanja secawan teh tarik
Pelayan Navigasi di Cyberjaya, memegang teh tarik di sebelah papan tanda Cyberjaya

Di mana Navigasi berjalan

Kami pindahkan satu demi satu ke Malaysia. Ini keadaan sebenar hari ini, termasuk yang belum.

Pelayan Navigasi

Dikemas kini November 2026
  • Laluan & ETAEnjin laluan sendiri
    Cyberjaya
  • PetaJubin peta dibina setiap minggu
    Cyberjaya
  • Carian tempat531,000 tempat dalam indeks sendiri
    Cyberjaya
  • Akaun, mata, gambar & trafikData peribadi disimpan di Malaysia
    Cyberjaya
  • Perisai & penghantaranCloudflare, termasuk konvoi masa nyata
    Cloudflare

Belanja kami secawan teh tarik

Tiada jumlah minimum selain RM1. Sumbangan tidak membuka ciri tambahan: pemandu yang menyumbang dan yang tidak, dapat Navigasi yang sama.

Jumlah sumbangan

Bayaran melalui CHIP, gerbang pembayaran Malaysia: FPX (semua bank), DuitNow QR, e-dompet dan kad. Bayaran diterima oleh Persatuan Profesional Sains dan Teknologi (Techsamana). Kami tidak melihat atau menyimpan butiran bank anda. Isi emel jika mahu resit. Sumbangan ini tidak layak untuk potongan cukai pendapatan (persatuan ini belum mendapat kelulusan LHDN).

Penyokong terkini

Terima kasih, penyokong Navigasi

Nama penyokong muncul di sini sebaik bayaran disahkan.

Janji kami