Peta & panduan jalan untuk rakyat Malaysia.
Arahan suara dalam Bahasa Melayu, harga tol sebelum bertolak, masa tiba ikut trafik, serta cas EV, stesen minyak, surau dan R&R di sepanjang jalan. Percuma, tanpa iklan, tanpa akaun.
Untuk iPhone dan Android, atau terus dalam pelayar tanpa pasang. Cara pasang
- Stesen cas EVKuasa kW dan bilangan palam700+
- Stesen minyakPetronas, Shell, Petron dan lain-lain3,800+
- Surau & masjidDengan peringatan waktu solat JAKIM6,600+
- R&R & hentian rehatSinggah tanpa lencong jauh360+
- Lebuh raya bertolKadar rasmi LLM bagi 217 plaza31
- Iklan, langganan & akaunPercuma sepenuhnya, tanpa penjejak0
Bilangan tempat dalam Navigasi, November 2026. Peta, stesen minyak, surau, R&R dan stesen cas oleh penyumbang OpenStreetMap; stesen cas juga daripada Open Charge Map.
Semua yang anda perlukan di jalan raya Malaysia
Dari rumah ke destinasi: rancang perjalanan, pandu dengan yakin, singgah tanpa lencong jauh, dan bantu pemandu lain.
Merancang
- Harga tol sebelum bertolak
Kadar Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk setiap pilihan laluan, dan laluan tanpa tol sekali tekan.
- Masa tiba ikut trafik
Mengambil kira waktu puncak, arah aliran, kesesakan semasa dan kelajuan biasa pada hari dan jam yang sama, jadi anggaran stabil sejak bertolak.
- Waktu solat dalam perjalanan
Peringatan 10 minit sebelum waktu masuk ikut zon JAKIM, dengan surau terdekat di hadapan, dan waktu Jumaat pada hari Jumaat. Perjalanan melebihi 2 marhalah turut dimaklumkan boleh jamak dan qasar.
- Tempat tersimpan & pautan terus
Simpan rumah keluarga atau masjid yang kerap dituju, susun dalam folder dan pindahkan ke telefon baharu dengan kod 8 aksara. Pautan navigasi.techsamana.my/ke dari WhatsApp atau laman web terus membuka laluan ke destinasi.
Memandu
- Arahan suara Bahasa Melayu
Dirakam dengan suara Aisyah atau Nizzal dalam loghat Malaysia: jarak ke simpang, lorong, susur keluar dan kod jalan seperti E2, N9 atau FT50. Boleh juga dalam English, 中文, 한국어 atau 日本語.
- Amaran kamera AES & AWAS
Had laju dipaparkan, dengan amaran suara sebelum kamera. Kamera baharu yang dilaporkan terus dipaparkan, dan disemak oleh pemandu lain yang melaluinya.
- Kira semula automatik
Tersasar atau tukar arah? Laluan baharu dikira serta-merta.
- Kereta anda di atas peta
Pilih rupa Myvi, Axia, Saga, X50 dan lain-lain dalam warna kereta anda, dipapar 3D semasa memandu.
Singgah
- Tempat di sepanjang laluan
Stesen minyak, cas EV, surau, R&R, makan dan ATM, dengan masa tambahan bagi setiap pilihan.
- Kenal jenama sekilas
Petronas, Shell, Gentari, ChargeSini, Maybank dan lain-lain ditanda dengan warna masing-masing.
- Kualiti udara
Bacaan IPU dari stesen JAS berdekatan dan di destinasi.
- Terus ke pintu masuk
Navigasi belajar di mana pemandu biasa berhenti, jadi anda dibawa ke pintu masuk sebenar, bukan ke sebelah jalan yang salah.
Komuniti
- Lapor dalam sekali tekan
Jem, kemalangan, lubang, banjir, jalan ditutup atau sekatan polis. Pemandu lain diberi amaran suara.
- Baiki peta bersama
Jalan baru tiada atau laluan salah? Laporan anda disemak dan dihantar ke OpenStreetMap.
- Trafik & jalan pintas daripada pemandu
Kelajuan dikongsi tanpa nama supaya semua nampak jalan yang sesak. Jalan pintas yang dilalui sekurang-kurangnya dua pemandu dicadangkan kepada yang lain.
- Konvoi keluarga
Balik kampung beramai-ramai? Kongsi pautan jemputan dalam WhatsApp, nampak kereta setiap ahli di peta dan bercakap seperti walkie-talkie. Ketua dimaklumkan jika ada yang ketinggalan.
Masa tiba yang jujur, bukan anggaran jalan lengang
Navigasi menggabungkan tiga sumber data terbuka dan tempatan untuk menganggar masa perjalanan, dan mewarnakan bahagian laluan yang perlahan.
-
Waktu puncak & arah aliran
Jalan masuk ke pusat bandar sesak pada waktu pagi, dan sebaliknya pada waktu petang, mengikut jenis jalan dan had laju.
-
Perjalanan sebenar pengguna
Selepas sampai, ringkasan tanpa nama membetulkan anggaran untuk kawasan dan waktu yang sama.
-
Bas awam langsung
Kedudukan bas Rapid KL, Rapid Penang dan BAS.MY di 10 bandar daripada data.gov.my, dikemas kini setiap minit.
CarPlay di App StoreSegera: Android Auto
Di skrin kereta, tanpa memegang telefon
Sambungkan iPhone ke kereta dan Navigasi dibuka di skrin CarPlay. Android Auto sedang disemak untuk Google Play.
-
Tekan Mula di telefon, laluan terus ke kereta
Atau cari destinasi di skrin kereta. Telefon memaparkan arahan seterusnya.
-
Kad arahan dengan gambar lorong
Seperti papan tanda jalan: jarak, susur keluar dan lorong yang perlu diambil.
-
Harga tol & amaran kamera bersuara
Kos tol bagi laluan anda, dan amaran sebelum kamera AES dengan had lajunya.
-
Lapor dari skrin kereta
Jem, polis atau kemalangan sekali tekan. Pemandu lain diberi amaran.
CarPlay di iPhone: kad arahan, gambar lorong, meter laju dan masa tiba. Rupa butang dan kad mengikut kereta.
Android Auto (segera di Google Play): peta, kereta dan meter laju oleh Navigasi; kad dan butang oleh Android Auto.
Dibina untuk dibaca sekilas
Daripada lorong dan bulatan di Kuala Lumpur hingga hentian rehat di lebuh raya, setiap skrin direka untuk dibaca dengan sekali pandang semasa memandu.









Perjalanan anda, urusan anda
Navigasi tidak menjual data, tidak memaparkan iklan dan tidak menyimpan sejarah perjalanan anda.
Tanpa iklan
Tiada iklan di peta, dalam senarai atau semasa memandu.
Tanpa akaun
Buka dan terus guna. Rumah, Pejabat, tempat tersimpan dan destinasi terkini kekal dalam telefon anda.
Tanpa penjejak
Tiada alat analitik atau iklan. Laporan jalan dan data trafik dikongsi tanpa nama dan luput sendiri.
Pasang di telefon dalam satu minit
Pasang dari App Store atau Google Play, atau terus dari pelayar. Navigasi dibuka skrin penuh dari skrin utama seperti aplikasi biasa.
Android
Atau pasang terus dari Chrome:
- Buka navigasi.techsamana.my/app dalam Chrome.
- Tekan menu ⋮ di penjuru kanan atas.
- Pilih Tambah ke skrin utama, kemudian Pasang.
Soalan lazim
Tiada jawapan di sini? E-mel [email protected].
Adakah Navigasi benar-benar percuma?
Ya. Tiada iklan, tiada langganan dan tiada ciri berbayar. Navigasi ialah projek komuniti Techsamana dan menggunakan data terbuka seperti OpenStreetMap.
Bagaimana masa tiba dikira?
Laju setiap bahagian jalan dianggar daripada jenis jalan dan had laju, kemudian dilaraskan mengikut waktu puncak dan arah aliran trafik. Purata perjalanan sebenar pengguna dan kelajuan bas awam serta pemandu lain dalam 15 minit terakhir membetulkan anggaran itu.
Adakah lokasi saya dikongsi?
Semasa memandu, kelajuan purata bagi setiap bahagian jalan dikongsi tanpa id peranti atau perjalanan, supaya pengguna lain nampak jalan yang sesak. 500 m pertama dan terakhir setiap perjalanan tidak dihantar. Anda boleh mematikannya di Paparan peta, Kongsi trafik tanpa nama.
Boleh guna dengan Android Auto atau CarPlay?
Boleh. CarPlay sudah ada dalam app iPhone di App Store, dan Android Auto sedang disemak untuk Google Play. Sambungkan telefon ke kereta dan pilih Navigasi di skrin kereta, atau tekan Mula di telefon dan laluan terus muncul di kereta.
Boleh tukar bahasa suara panduan?
Boleh. Tekan butang suara di peta. Untuk Bahasa Melayu, pilih suara rakaman Aisyah (wanita) atau Nizzal (lelaki); di iPhone dan di skrin kereta, suara telefon digunakan buat masa ini. Bahasa lain: English, 中文, 한국어 atau 日本語, ikut suara yang dipasang di telefon anda.
Apa itu Konvoi?
Ciri pilihan untuk beberapa kereta yang berjalan bersama. Ketua mencipta konvoi dan berkongsi pautan jemputan serta PIN 4 digit, contohnya dalam WhatsApp keluarga. Ahli nampak kereta satu sama lain di peta, boleh bercakap dengan butang tekan-untuk-bercakap dan mengikut destinasi ketua. Kedudukan hanya dihantar kepada ahli konvoi yang sama dan tidak disimpan.
Boleh guna di iPhone?
Boleh. Muat turun Navigasi dari App Store, lengkap dengan CarPlay. Atau buka navigasi.techsamana.my/app dalam Safari dan tambah ke Skrin Utama.
Jalan baharu tiada dalam peta. Apa perlu saya buat?
Dalam app, tekan Lapor, kemudian Laporkan masalah peta dan tandakan lokasinya. Pasukan kami menyemak setiap laporan dan menghantarnya kepada komuniti OpenStreetMap untuk dibaiki. Anda akan dimaklumkan bila ia selesai.
Perlukah sambungan internet?
Ya. Peta, carian, laluan dan trafik dimuat turun semasa digunakan, jadi Navigasi memerlukan data mudah alih.
Projek komuniti Techsamana
Navigasi dibangunkan oleh komuniti Techsamana sebagai perkhidmatan percuma untuk rakyat Malaysia, dengan Enjin Teras Navigasi oleh Aeronerve. Setiap komponen boleh dihoskan di Malaysia. Cadangan dan laporan pepijat amat dialu-alukan.
Sumber data
- Peta
- © penyumbang OpenStreetMap, jubin OpenFreeMap
- Laluan
- Pelayan laluan Navigasi sendiri (Valhalla, data OpenStreetMap)
- Trafik
- Bas Prasarana & BAS.MY, data.gov.my (CC BY 4.0)
- Cas EV
- OpenStreetMap & Open Charge Map
- Kamera AES
- OpenStreetMap & laporan pemandu Navigasi
- Waktu solat
- JAKIM, e-solat.gov.my, melalui waktusolat.app
- Kadar tol
- Lembaga Lebuhraya Malaysia, llm.gov.my
- Kualiti udara
- Jabatan Alam Sekitar, eqms.doe.gov.my
Navigasi bukan aplikasi rasmi kerajaan dan tidak mewakili atau bergabung dengan mana-mana agensi kerajaan. Rujuk laman asal di atas untuk maklumat rasmi.


